Wednesday, August 12, 2009

Belajar secara berkumpulan lebih baik daripada belajar secara bersendirian. Bincangkan, ya?

Ya. Saya setuju bahawa belajar dengan kumpulan lebih baik daripada belajar sendirian.Apabila belajar dengan kumpulan, saya dapat mempelajari lebih banyak daripada belajar sendirian. Jika saya tidak tahu sesuatu, saya boleh tanya kawan saya. Semasa belajar sendirian, tiada sesiapa yang saya boleh tanya. Jadi, semasa saya belajar dengan kumpulan, saya dapat jawapan kepada soalan-soalan yang saya tidak tahu.Bukan itu sahaja, saya boleh bersembang dengan kawan-kawan supaya tidak rasa bosan. Semasa belajar sendirian, saya senang menjadi bosan dan akan berhenti belajar tetapi semasa saya belajar bersama sekumpulan kawan, saya tidak akan merasa begitu bosan dan akan terus belajar.Belajar dengan kawan juga ada keburukannya. Saya akan senang hilang fokus kerana selalu hendak berbual. Bila sudah mula berbual, tidak boleh berhenti. Bukan itu sahaja, jika satu sudah malas dan mahu berhenti belajar, semua juga akan terikut. Semasa belajar sendirian, saya dapat fokus kerana tidak ada orang yang kita dapat berbual dengan.Saya tetap rasa bahawa belajar dengan kumpulan lebih baik kerana belajar sendirian terlalu membosankan dan saya rasa kesunyian.

No comments:

Post a Comment