Tuesday, April 28, 2009

Surat Kiriman Format

Muhd Nabil Akif
Tampines st 33 blk 351 #02-466
Singapura 520351

29 April 09

Pengurus Sistic
Downtown East
Pasir Ris Dr

Tuan
PER: Perkhidmatan Yang Kurang Memuaskan
Berhubung dengan perkara di atas,saya dengan dukacitanya ingin membuat aduan mengenai perkhidmatan syarikat tuan yang kurang memuaskan.Saya amat kecewa dengan tingkah laku pekerja tuan dan sikapnya terhadap saya.
Dua hari yang lalu,saya telah menempah dua tiket untuk konsert David Archuleta yang akan diadakan melalui internet.Namun,apabila saya melayari lelaman syarikat tuan,ada beberapa kesukaran untuk saya melayari lelaman tersebut.Pada pendapat saya,ia mungkn disebabkan terlalu ramai orang yang melayari lelaman ini pada masa yang sama.Masalah ini boleh diatasi dengan meningkatkan kecekapan lelaman web untuk syarikat tuan.
Saya pun lalu ke kaunter Sistic yang terdekat dengan rumah saya iaitu di Downtown East.Sampai sahaja di kaunter,seorang pekerja tuan, Susan Tay hanya berbuat bodoh dan berbual di telefon bimbitnya.Saya harus melambai tangan kepadanya untuk menarik perhatiannya.Dia lalu meletak telefon bimbitnya dengan marah dan berbisik kepada dirinya bahawa saya tidak boleh bersabar.Dia pun mula menaikkan suaranya kepada saya kerana terlupa untuk membawa kad pengenalan saya.Kemudian dia menghalau saya dah suroh saya balik kerana telah membazirkan masanya.
Saya sangat kecewa dengan sikap pekerja anda terhadap saya kerana dia sepatutnya mengatasi masalah ini dengan cara yang profesional.Saya berharap tuan akan mengambil tindakan yang wajar supaya perkara ini tidak akan berulang lagi dan orang lain tidak akan menghadapi situasi begini.Terima kasih
Yang benar
(tandatangan)
Nabil

No comments:

Post a Comment