Thursday, March 26, 2009

Pelancongan ke Perak

Pada cuti bulan march tahun lalu,saya dan pasukan badminton ESSS telah ke Perak.Kami telah ke sana selama 4 hari dan 3 malam.Di sana kami telah menetap di sebuah tempat yang bernama "Rumah Rehat Adeline".Tempat tersebut berada di tengah-tengah sebuah hutan rimba.Kami telah menaiki sebuah lori yang amat besar untuk masuk ke dalam hutan tersebut.Di sana kami mandi di sebuah air terjun.Airnya sangat sejuk!!!Kami tidur di dalam sebuah pondok kecil yang boleh muat 5 pelajar.Di sana juga kami telah meneroka sebuah gua yang sangat gelap dan gua tersebut mempunyai lebih 1000 ekor kelawa.Apabila sudah sampai ke puncak gua tersebut,yang amat tinggi, kami telah turun dengan menaiki ' flying-fox' . Ia sangat seram untuk saya kerana saya takut pada ketinggian.Pada hari esoknya,kami telah pergi ke sebuah pusat membeli belah di mana kami diberi 3 jam untuk berjalan-jalan dah membeli barang untuk cenderahati.Saya telah pelajari banyak pada pelancongan ini.

Aktiviti-aktiviti Cuti Sekolah

Semasa cuti sekolah minggu lalu,saya dan keluarga saya telah ke indonesia untuk melancong.Kami telah menetap di sebuah resort yang terletak di tepi pantai.Kami di sana selama 3 hari.Perjalanan ke sana mengambil kira-kira 3 jam menaiki kapal feri di tanah merah.Sampai sana di sana,kami telah makan di sebuah restoran makanan laut yg terletak di atas sebuah kelong.Sebelum mengambil pesanan lauk-pauk,kami telah memilih ikan-ikan di dalam sebuah tank.Orang itu akan menangkap ikan tersebut dan memasak nya mengikut lauk yang dikehendaki kami.Pada keesokan hari,kami telah ke pusat membeli belah di sana untuk belanja.Barang-barang yg dijual sana semuanya murah kerana mereka memakai duit rupiah.Saya telah membeli sepasang baju dan seluar jeans.Pada hari yang akhir,kami telah ke pantai untuk berkelah dan menaiki 'jet ski'.Menaiki jet ski pada mulanya seram tetapi selepas beberapa kali menaik,ia mula menjadi seronok.Akhirnya tiba masa untuk pulang.Saya tidak akan melupakan pelancongan ini ke indonesia.Pada cuti bulan march yg lalu,saya dan pasukan badminton ESSS telah ke Perak.Kami telah ke sana selama 4 hari dan 3 malam.Di sana kami telah menetap di sebuah tempat yang bernama "Rumah Rehat Adeline".Tempat tersebut berada di tengah hutan.Kami telah menaiki sebuah lori yang amat besar untuk masuk ke dalam hutan tersebut.Di sana kami mandi di sebuah air terjun.Airnya sangat sejuk!!!Kami tidur di dalam sebuah pondok kecil yang muat 5 pelajar.Di sana juga kami telah meneroka sebuah gua yang sangat gelap.Saya telah belajar banyak daripada pelancongan ini.