Thursday, March 26, 2009

Pelancongan ke Perak

Pada cuti bulan march tahun lalu,saya dan pasukan badminton ESSS telah ke Perak.Kami telah ke sana selama 4 hari dan 3 malam.Di sana kami telah menetap di sebuah tempat yang bernama "Rumah Rehat Adeline".Tempat tersebut berada di tengah-tengah sebuah hutan rimba.Kami telah menaiki sebuah lori yang amat besar untuk masuk ke dalam hutan tersebut.Di sana kami mandi di sebuah air terjun.Airnya sangat sejuk!!!Kami tidur di dalam sebuah pondok kecil yang boleh muat 5 pelajar.Di sana juga kami telah meneroka sebuah gua yang sangat gelap dan gua tersebut mempunyai lebih 1000 ekor kelawa.Apabila sudah sampai ke puncak gua tersebut,yang amat tinggi, kami telah turun dengan menaiki ' flying-fox' . Ia sangat seram untuk saya kerana saya takut pada ketinggian.Pada hari esoknya,kami telah pergi ke sebuah pusat membeli belah di mana kami diberi 3 jam untuk berjalan-jalan dah membeli barang untuk cenderahati.Saya telah pelajari banyak pada pelancongan ini.

No comments:

Post a Comment