Tuesday, August 18, 2009

Perasaan saya semasa menunggu result melayu GCE peringkat O

Semasa menunggu result melayu peringkat 'o', saya berasa amat ghairah dan bimbang.Hati saya berdentam-dentum.Saya berasa ghairah kerana saya mahu sangat mengetahui markah saya supaya saya tahu bagaimana persembahan saya.Saya berasa bimbang kerana saya takot jikalau saya gagal dengan teruk.Jikalau ini berlaku,saya akan berasa sedih kerana saya telah belajar dengan bersungguh-sungguh.Juga,saya akan dikehendaki untuk menduduki kertas melayu tersebut sekali lagi.Tetapi,saya berharap saya tidak gagal dan mendapat markah yang cemerlang atau sekurang-kurangnya gred B3.Sekarang saya hanya boleh bertawakkal dan berdoa.

Wednesday, August 12, 2009

Pengertian hari kebangsaan kaum sebagai seorang rakyat singapura

Saya berasa bangga dan gembira untuk menjadi seorang rakyat singapura. Ini kerana singapura telah maju dalam kebelakangan tahun-tahun ini. Kini singapura merupakan salah satu negara popular sebagai destinasi pelancongan kerana singapura bersih dan canggih.Oleh kerana ini,hari kebangsaan kaum sangatlah penting untuk mengingati orang-orang yang membolehkan kemajuan singapura menjadi nyata.
Tiap-tiap 9 Ogos,singapura menyambut hari kebangsaannya.Hari kebangsaan singapura yang pertama sangat berbeza dengan hari kebangsaan yang terkini.Dulunya,hari kebangsaan kaum diadakan di Padang dan hanya ada pertunjukkan baris sahaja.Tetapi,kini,ia lebih meriah kerana terdapat pertunjukkan joget,baris,kapal terbang,bunga api,nyayian dan banyak lagi.Ini memunjjukan bahawa singapura telah maju.Penonton-penonton yang telah mononton hari kebangsaan di marina bay juga mendapat beg cenderahati yang mengandungi pelbagai barang-barang yang gerek.Tahukah anda? Pentas hari kebangsaan tahun in berada di atas air dan lebih tujuh ribu orang yang terlibat dalam sambutan meriah ini.
Keseluruhan,hari kebangsaan kaum bermakna menyambut kemajuan yang dilalui singapura dan juga untuk mengingati orang-orang yang terlibat dalam kemajuan singapura.

Karangan Naratif

Orang tuaku

Sedang aku membongkar almariku di hostel,aku terjumpa sebuah album gambar.Aku membuka album yang berabuk tersebut dan melihat foto-foto semasa aku masih kecil dulu.Sedang aku melihat,mata aku terpaku kepada suatu foto.Ia merupakan foto ibu bapaku.Ingatanku kembali menjangkau suasana masa lampau. Aku teringat akan pergorbanan mereka dan kesusahan yang mereka lalui untuk mengantar aku ke university.Tanpa mereka,aku tidak mungkin dapat melanjutkan pelajaranku hingga di tahap ini.Perasaan berkecamuk melanda hatiku. Aku telah lupa akan orang tuaku,orang sama yang melahirkan aku dah membesarkan aku.Aku bak pepatah,seperti kacang melupakan kulit.Sudah hampir 7 tahun aku tidak mengunjungi mereka di kampungku.Pertanyaan demi pertanyaan menjentik hatiku.”Bagaimanakah keadaan mereka? Adakah mereka sihat? Masihkah mereka mengingati aku?” Berulang-ulang pertanyaan-pertanyaan ini timbil di otakku.Bunga-bunga kebimbangan menguntum di kelopak hatiku. Aku risau akan keadaan ibu bapaku.Aku membuat keputusan untuk melawat ibu bapaku di kampung.Selepas perjalanan yang agak lama, akhirnya aku sampai di kampungku. Tanpa membazirkan masa, aku berlari ke kampung ibu bapaku.Untuk seketika, rasa gembira meruap di dadaku apabila memikirkan tentang wajah ibu bapaku.Namun, lamunanku terputus apabila melihat rumah orang tua aku penuh dengan orang-orang yang bertudung dan bersongkok. Aku dengan pantas memasuki rumah dan melihat orang ramai berduduk sekeliling ibuku yang sedang terbaring.Hati aku berkocak.Aku pun pergi di sebelah ibuku dan berkata ”Bu,ini kamal…kamal dah pulang bu…Maafkan kamal bu,kamal telah berdosa.” Ibuku walaupun dalam keadaan lemah,mengulum senyuman tipis kepadaku,dan lalu begitu sahaja jiwanya meninggali aku.Sayup dan pilu menghambat perasaanku.Air mata mula tumpah dari tasik bundarku.Ibuku sudah tiada lagi.

Hari persahabatan antarabangsa kaum

Pada hari persahabatan antarabangsa, sekolah saya telah menyambutnya dengan mengadakan banyak aktiviti-aktiviti yang menarik. Juga, sekolah saya telah menyambut beberapa murid dari sekolah lain untuk turut sama menyambut hari yang gembira ini.Di atrium,terdapat persembaham tarian dari murid-murid sekolah kita.Mereka telah menari tarian bangsa cina,india dan juga melayu.Selepas itu,terdapat permainan lagu-lagu inggeris dan juga lagu-lagu lain bangsa. Juga terdapat makanan tradisional yang enak. Ada juga sebuah kuiz tentang lain bangsa di singapura. Sebuah hadiah yang besar akan diberi ke pemenang kuiz itu. Orang dipilih sahaja untuk mentandingi kuiz itu. Juga ada orang berjoget-joget yang berbeza. Saya sangat kagum kepada persembahan yang diada di situ. Saya paling suka menyambut hari persahabatan antarabangsa kerana saya ada banyak kawan dari pelbagai negara lain seperti malaysia, thailand dan lain-lain lagi. Ada juga pelajar-pelajar yang memberi bunga-bunga dan hadiah kepada guru-guru dan rakan-rakan yang berbangsa lain. Pada pendapat saya, hari persahabatan antrabangsa sangat penting kerana kita saling hormat kepada bangsa lain kerana kami semua menetap di singapura, negara yang di duduki rakyat berbilangan bangsa

Filem yang pernah saya tontoni

Filem yang saya pernah tonton ialah 'Nacho Libre'. Filem ini tentang sesuatu anak yatim yang tinggal dalam sebuah gereja.Nama dia Ignacio tetapi kawan-kawan mereka panggil dia nacho. Dia seorang budak yang nakal dan mengingini untuk menjadi seorang ahli gusli. Dia didenda dan mesti memasak untuk semua orang dalam gereja itu. Apabila dia sudah dewasa, dia ternamapak iklan untuk menjadi ahli gusli dan mendapat wang. Selepas itu, dia mencari sesuatu teman untuk melawan bersama dia. Pada awalnya mereka telah kalah, tetapi mereka mendapat wang juga untuk datang lagi dan mereka akan dibayar jika kalah. Mulanya,mereka berdua menggunakan wang itu untuk membeli makanan untuk anak yatim lain dalam gereja itu tetapi mereka pun menggunakan wang itu untuk membeli barang seperti kasut cantik dan baju baru selepasnya. Selepas beberapa kali mereka lawan, mereka telah jelak kalah dengan senjaga. Mereka mahu merasai kemenangan.Mereka berdua pun berlatih dengan gigih dan keras dan melawan Ramses,seorang alhi gusti yang terkenal.Mereka pun berlawan dan akhirnya mereka memenangi Ramses untuk menjadi champion.

Belajar secara berkumpulan lebih baik daripada belajar secara bersendirian. Bincangkan, ya?

Ya. Saya setuju bahawa belajar dengan kumpulan lebih baik daripada belajar sendirian.Apabila belajar dengan kumpulan, saya dapat mempelajari lebih banyak daripada belajar sendirian. Jika saya tidak tahu sesuatu, saya boleh tanya kawan saya. Semasa belajar sendirian, tiada sesiapa yang saya boleh tanya. Jadi, semasa saya belajar dengan kumpulan, saya dapat jawapan kepada soalan-soalan yang saya tidak tahu.Bukan itu sahaja, saya boleh bersembang dengan kawan-kawan supaya tidak rasa bosan. Semasa belajar sendirian, saya senang menjadi bosan dan akan berhenti belajar tetapi semasa saya belajar bersama sekumpulan kawan, saya tidak akan merasa begitu bosan dan akan terus belajar.Belajar dengan kawan juga ada keburukannya. Saya akan senang hilang fokus kerana selalu hendak berbual. Bila sudah mula berbual, tidak boleh berhenti. Bukan itu sahaja, jika satu sudah malas dan mahu berhenti belajar, semua juga akan terikut. Semasa belajar sendirian, saya dapat fokus kerana tidak ada orang yang kita dapat berbual dengan.Saya tetap rasa bahawa belajar dengan kumpulan lebih baik kerana belajar sendirian terlalu membosankan dan saya rasa kesunyian.

Tuesday, April 28, 2009

Surat Kiriman Format

Muhd Nabil Akif
Tampines st 33 blk 351 #02-466
Singapura 520351

29 April 09

Pengurus Sistic
Downtown East
Pasir Ris Dr

Tuan
PER: Perkhidmatan Yang Kurang Memuaskan
Berhubung dengan perkara di atas,saya dengan dukacitanya ingin membuat aduan mengenai perkhidmatan syarikat tuan yang kurang memuaskan.Saya amat kecewa dengan tingkah laku pekerja tuan dan sikapnya terhadap saya.
Dua hari yang lalu,saya telah menempah dua tiket untuk konsert David Archuleta yang akan diadakan melalui internet.Namun,apabila saya melayari lelaman syarikat tuan,ada beberapa kesukaran untuk saya melayari lelaman tersebut.Pada pendapat saya,ia mungkn disebabkan terlalu ramai orang yang melayari lelaman ini pada masa yang sama.Masalah ini boleh diatasi dengan meningkatkan kecekapan lelaman web untuk syarikat tuan.
Saya pun lalu ke kaunter Sistic yang terdekat dengan rumah saya iaitu di Downtown East.Sampai sahaja di kaunter,seorang pekerja tuan, Susan Tay hanya berbuat bodoh dan berbual di telefon bimbitnya.Saya harus melambai tangan kepadanya untuk menarik perhatiannya.Dia lalu meletak telefon bimbitnya dengan marah dan berbisik kepada dirinya bahawa saya tidak boleh bersabar.Dia pun mula menaikkan suaranya kepada saya kerana terlupa untuk membawa kad pengenalan saya.Kemudian dia menghalau saya dah suroh saya balik kerana telah membazirkan masanya.
Saya sangat kecewa dengan sikap pekerja anda terhadap saya kerana dia sepatutnya mengatasi masalah ini dengan cara yang profesional.Saya berharap tuan akan mengambil tindakan yang wajar supaya perkara ini tidak akan berulang lagi dan orang lain tidak akan menghadapi situasi begini.Terima kasih
Yang benar
(tandatangan)
Nabil